Saturday 28 September 2013

Di Mana Kita Berada Tidak Penting Tetapi Ke Mana Kita Akan Pergi Itu Yang Penting

Alhamdulillah!! Ingat pesan guru.. `kita akan berjaya bila kita sentiasa bersyukur bukan bila kita berjaya baru kita bersyukur'.

Hari ini saya sangat-sangat bersyukur apabila dipertemukan Mentor yang telah berjaya memberi keyakinan sehingga 300% untuk saya membuat keputusan berhenti kerja. Selama ini jiwa saya sentiasa memberontak untuk berhenti kerja kerana saya perlu mempunyai masa untuk menguruskan perniagaan saya.

Bagaimanapun faktor `fear' serta suara-suara bisikan hati (suara-suara biawak kata Mentor saya) yang terlalu banyak mengganggu jiwa ini menyebabkan saya masih ragu-ragu dalam membuat keputusan untuk lebih fokus ke dalam bidang perniagaan.

Akhirnya saya hanya mempunyai 40 hari saja lagi untuk saya terus berada di tempat kerja . Selepas itu saya akan menjadi Pengarah kepada Syarikat saya sendiri.InsyaAllah!!